13 Februari 2014

assalam.. bermula kembali coretan blog lpas lama menyepi...

07 Oktober 2013

VAN DI MALAYSIA BOLEH TERBANG!!!!! HEBAAAAATTTTT...

kejadian dikatakan berlaku di Ampang, Selangor dimana sebuah van Nissan Venette telah melanggar sebuah kereta Toyotta Vios dari sebelah jalan akibat tidak dapat mengawal kerana dikatakan dipandu dengan cukup laju. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. sumber : http://omakkau.blogspot.com/2013/10/malaysia-boleh-dan-hebat-van-di.html

11 Ogos 2013

salam aidilfitri

salam teman2 rakan handai taulan, tentu semua sedang sibuk meraikan aidilfitri yang datang saban tahun. baik tua atau muda sama aje meraikan sepuas2nya siang dan malam, kecuali aku sebab tahun ini hanya raya pertama sahaja cuti. apapun syukur alhamdulillah dapat beraya bersama umi & famili, tak lupa juga famili mertua. ziarah pusara yang telah tiada juga menjadi keutamaan. apapun salam aidilfitri, maaf segala salah dan silap. insyaallah berjumpa lagi di raya yang akan datang.

22 Jun 2013

ambulans malang

Ambulans yang sedang membawa pesakit dirempuh Altis dalam kemalangan berkenaan. Keadaan Alza yang rentung dalam kemalangan. SENAWANG - Enam kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara - Selatan, berhampiran Plaza Tol Senawang di sini, awal pagi semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 pagi itu menyaksikan enam kenderaan terdiri daripada Perodua Alza, Toyota Altis, Nissan Almeira, sebuah ambulans bernombor plat Singapura serta dua buah lori bertembung sesama sendiri. Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Mohd Akhir berkata, sebuah jentera membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.40 pagi. “Selain itu, dua anggota Unit Gerak Cepat Bermotosi-kal (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban turut bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberi bantuan awal kepada mangsa. “Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati salah satu kenderaan mula dijilat api. Bagaimanapun, kebakaran pada Alza berkenaan dapat dikawal dalam tempoh dua minit, sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Ahmad berkata, seramai dua anggota ditugaskan memadamkan kebakaran, manakala dua lagi memberi rawatan kecemasan kepada salah seorang mangsa yang tercampak keluar dari Altis. “Pada masa sama, mangsa yang masih terikat pada katil dalam ambulans yang menuju ke selatan semasa kemalangan itu juga mendapat bantuan paramedik daripada dua anggota,” katanya. Menurut beliau, tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk menerima rawatan lanjut. Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan. sumber.. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kemalangan-enam-kenderaan-1.174035

21 Jun 2013

penyelamat yg malang.. tragedi 15/6/2013

LEDANG 15 Jun - Jika sebelum ini sebuah ambulans Hospital Pakar Putra Batu Pahat yang membawa pesakit jantung terlibat dalam kemalangan di Jalan Bakri, Muar pada Sabtu lalu, kali ini sebuah lagi ambulans yang membawa mangsa kemalangan terlibat nahas. Kemalangan berlaku di Parit Turun, Bukit Gambir dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dalam kejadian itu, ambulans Klinik Kesihatan Grisek yang membawa mangsa kemalangan seorang wanita berusia 27 tahun dirempuh sebuah jengkaut yang datang dari arah bertentangan. Sebelum itu, wanita berkenaan terlibat dalam kemalangan di Parit Raja, Grisek pada pukul 7.15 malam mengakibatkan ibunya, Rosnah Abd. Rahman, 51, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta. Ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Grisek menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk menghantar wanita terbabit yang patah kaki kiri akibat kemalangan itu. Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, jentera berat dari arah Muar menghala ke Bukit Gambir dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan lalu merempuh ambulans tersebut. Pemandu ambulans berkenaan, Azlan Ab. Rahman, 32, berkata, dia terkejut apabila melihat jengkaut yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an memasuki laluannya. "Saya sempat mengelak tapi jentera itu merempuh bahagian kiri ambulans sebelum terbabas melanggar tiang telefon di tepi jalan. Nasib baik pembantu perubatan duduk di bahagian belakang bersama pesakit. "Kemungkinan pemandu jentera itu diserang darah tinggi membuatkannya tidak dapat mengawal pemanduan. Sebaik pelanggaran berlaku, pemandu terbabit pitam dan dia kemudian bersama mangsa dihantar ke HPSF oleh ambulans lain dari Tangkak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE

13 Jun 2013

sukarnya mendidik anak solat

Ustaz Abulfaruq Ayip Syafruddin, 12 Jun 2013 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud: “Perintahkan anak-anak kalian untuk tunaikan solat saat usia mereka telah menginjak tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila tidak tunaikan solat) saat usia mereka menginjak 10 tahun….” (HR Abu Dawud) Dalam hadis tersebut terkandung hikmah yang mendalam. Hikmah yang memberi pelajaran berkait dengan kebiasaan pada anak agar rajin beribadah. Dalam hadis tersebut menerangkan bahawa menerapkan sesuatu kebajikan atau amalan perlu melalui tahap-tahap yang jelas. Bagaimanapun seorang anak memerlukan masa dan proses berterusan agar mampu melaksanakan sebuah amal salih. Seseorang anak kadang-kadang tidak mampu menuruti arahan serta-merta. Daripada hadis ini menunjukkan betapa Islam sarat dengan rahmah (kasih sayang), mengerti keadaan anak. Juga terkandung pengajaran, betapa Islam mengajarkan untuk tidak melakukannya secara tergesa-gesa. Namun, secara bertahap. Inilah bentuk kasih Islam kepada makhluk yang masih lemah; anak. Menanamkan kebiasaan baik pada anak, khususnya solat, wajar dilakukan melalui beberapa tahap: Pertama, tahap peniruan. Tahap anak melihat dan meniru apa-apa yang dikerjakan orang tua, pendidik, guru, ustaz sebagai contoh. Pada tahap ini, orang tua, pendidik, guru, ustaz menjadi objek pemerhatian sang anak. Daripada perilaku dan sikap yang ditujukkan orang tua, pendidik, guru, ustaz, seorang anak memperoleh gambaran bagaimana sebuah amal salih harus ditunaikan. Tahap ini merupakan tahap peniruan. Kedua, tahap perintah. Tahap anak mendapat bimbingan dan arahan dalam bentuk perintah. Anak diperintah untuk menunaikan sesuatu kebajikan. Dengan tanpa meninggalkan sifat sabar dan rahmah, orang tua, pendidik, guru, ustaz secara terus menerus mengingatkan anak untuk beramal kebajikan. Dalam masalah solat, anak berusia tujuh tahun telah diperintahkan untuk senantiasa menunaikannya. Jika sehari lima kali diingatkan untuk menunaikan solat, berapa ribu kali anak diingatkan selama tiga tahun? Iaitu, diingatkan dan diperintah untuk solat hingga usianya mencapai 10 tahun. Ribuan kali perintah terus berulang pada diri anak, tentu sebuah bentuk penanaman kebiasaan baik yang sangat intensif. Tahap ketiga, tahap hukuman. Tahap anak mendapat hukuman akibat lalai daripada menunaikan kewajipan. Tahap hukuman adalah sebuah tahap yang diwajarkan setelah dilakukannya proses, bimbingan, arahan, dan perintah. Sebuah proses yang dilakukan dalam waktu yang bertahap-tahap. Ketika menjatuhkan hukuman tetap harus berada dalam kerangka hikmah (bijak) dan adil. Tujuan menghukum adalah agar anak jera, iaitu agar anak tak lagi melakukan perbuatan yang dilarang. Bukan sebagai bentuk melepaskan geram, marah apalagi untuk membalas dendam. Pemberian hukuman pada anak jangan sampai menjadikan ia membenci kebaikan dan menghindar daripada orang-orang yang berbuat kebajikan. Memberi hukuman dalam bentuk memukul, tentu ada batasan-batasannya. Seperti, dilarang memukul wajah, bahagian tubuh yang penting, dilarang memukul yang mengakibatkan kecederaan fizikal mahupun emosi, dan sebagainya. sumber... http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/19977-tiga-tahap-mendidik-anak-solat

Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Oleh Jahabar Sadiq Pengarang KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. sumber.. http://my.news.yahoo.com/ku-li-sasarkan-jawatan-pm-bertemu-lebih-ramai-024114944.html