13 Februari 2014

assalam.. bermula kembali coretan blog lpas lama menyepi...

07 Oktober 2013

VAN DI MALAYSIA BOLEH TERBANG!!!!! HEBAAAAATTTTT...

kejadian dikatakan berlaku di Ampang, Selangor dimana sebuah van Nissan Venette telah melanggar sebuah kereta Toyotta Vios dari sebelah jalan akibat tidak dapat mengawal kerana dikatakan dipandu dengan cukup laju. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. sumber : http://omakkau.blogspot.com/2013/10/malaysia-boleh-dan-hebat-van-di.html

11 Ogos 2013

salam aidilfitri

salam teman2 rakan handai taulan, tentu semua sedang sibuk meraikan aidilfitri yang datang saban tahun. baik tua atau muda sama aje meraikan sepuas2nya siang dan malam, kecuali aku sebab tahun ini hanya raya pertama sahaja cuti. apapun syukur alhamdulillah dapat beraya bersama umi & famili, tak lupa juga famili mertua. ziarah pusara yang telah tiada juga menjadi keutamaan. apapun salam aidilfitri, maaf segala salah dan silap. insyaallah berjumpa lagi di raya yang akan datang.

22 Jun 2013

ambulans malang

Ambulans yang sedang membawa pesakit dirempuh Altis dalam kemalangan berkenaan. Keadaan Alza yang rentung dalam kemalangan. SENAWANG - Enam kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara - Selatan, berhampiran Plaza Tol Senawang di sini, awal pagi semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 pagi itu menyaksikan enam kenderaan terdiri daripada Perodua Alza, Toyota Altis, Nissan Almeira, sebuah ambulans bernombor plat Singapura serta dua buah lori bertembung sesama sendiri. Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Mohd Akhir berkata, sebuah jentera membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.40 pagi. “Selain itu, dua anggota Unit Gerak Cepat Bermotosi-kal (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban turut bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberi bantuan awal kepada mangsa. “Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati salah satu kenderaan mula dijilat api. Bagaimanapun, kebakaran pada Alza berkenaan dapat dikawal dalam tempoh dua minit, sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Ahmad berkata, seramai dua anggota ditugaskan memadamkan kebakaran, manakala dua lagi memberi rawatan kecemasan kepada salah seorang mangsa yang tercampak keluar dari Altis. “Pada masa sama, mangsa yang masih terikat pada katil dalam ambulans yang menuju ke selatan semasa kemalangan itu juga mendapat bantuan paramedik daripada dua anggota,” katanya. Menurut beliau, tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk menerima rawatan lanjut. Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan. sumber.. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kemalangan-enam-kenderaan-1.174035

21 Jun 2013

penyelamat yg malang.. tragedi 15/6/2013

LEDANG 15 Jun - Jika sebelum ini sebuah ambulans Hospital Pakar Putra Batu Pahat yang membawa pesakit jantung terlibat dalam kemalangan di Jalan Bakri, Muar pada Sabtu lalu, kali ini sebuah lagi ambulans yang membawa mangsa kemalangan terlibat nahas. Kemalangan berlaku di Parit Turun, Bukit Gambir dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dalam kejadian itu, ambulans Klinik Kesihatan Grisek yang membawa mangsa kemalangan seorang wanita berusia 27 tahun dirempuh sebuah jengkaut yang datang dari arah bertentangan. Sebelum itu, wanita berkenaan terlibat dalam kemalangan di Parit Raja, Grisek pada pukul 7.15 malam mengakibatkan ibunya, Rosnah Abd. Rahman, 51, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta. Ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Grisek menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk menghantar wanita terbabit yang patah kaki kiri akibat kemalangan itu. Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, jentera berat dari arah Muar menghala ke Bukit Gambir dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan lalu merempuh ambulans tersebut. Pemandu ambulans berkenaan, Azlan Ab. Rahman, 32, berkata, dia terkejut apabila melihat jengkaut yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an memasuki laluannya. "Saya sempat mengelak tapi jentera itu merempuh bahagian kiri ambulans sebelum terbabas melanggar tiang telefon di tepi jalan. Nasib baik pembantu perubatan duduk di bahagian belakang bersama pesakit. "Kemungkinan pemandu jentera itu diserang darah tinggi membuatkannya tidak dapat mengawal pemanduan. Sebaik pelanggaran berlaku, pemandu terbabit pitam dan dia kemudian bersama mangsa dihantar ke HPSF oleh ambulans lain dari Tangkak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE

13 Jun 2013

sukarnya mendidik anak solat

Ustaz Abulfaruq Ayip Syafruddin, 12 Jun 2013 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud: “Perintahkan anak-anak kalian untuk tunaikan solat saat usia mereka telah menginjak tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila tidak tunaikan solat) saat usia mereka menginjak 10 tahun….” (HR Abu Dawud) Dalam hadis tersebut terkandung hikmah yang mendalam. Hikmah yang memberi pelajaran berkait dengan kebiasaan pada anak agar rajin beribadah. Dalam hadis tersebut menerangkan bahawa menerapkan sesuatu kebajikan atau amalan perlu melalui tahap-tahap yang jelas. Bagaimanapun seorang anak memerlukan masa dan proses berterusan agar mampu melaksanakan sebuah amal salih. Seseorang anak kadang-kadang tidak mampu menuruti arahan serta-merta. Daripada hadis ini menunjukkan betapa Islam sarat dengan rahmah (kasih sayang), mengerti keadaan anak. Juga terkandung pengajaran, betapa Islam mengajarkan untuk tidak melakukannya secara tergesa-gesa. Namun, secara bertahap. Inilah bentuk kasih Islam kepada makhluk yang masih lemah; anak. Menanamkan kebiasaan baik pada anak, khususnya solat, wajar dilakukan melalui beberapa tahap: Pertama, tahap peniruan. Tahap anak melihat dan meniru apa-apa yang dikerjakan orang tua, pendidik, guru, ustaz sebagai contoh. Pada tahap ini, orang tua, pendidik, guru, ustaz menjadi objek pemerhatian sang anak. Daripada perilaku dan sikap yang ditujukkan orang tua, pendidik, guru, ustaz, seorang anak memperoleh gambaran bagaimana sebuah amal salih harus ditunaikan. Tahap ini merupakan tahap peniruan. Kedua, tahap perintah. Tahap anak mendapat bimbingan dan arahan dalam bentuk perintah. Anak diperintah untuk menunaikan sesuatu kebajikan. Dengan tanpa meninggalkan sifat sabar dan rahmah, orang tua, pendidik, guru, ustaz secara terus menerus mengingatkan anak untuk beramal kebajikan. Dalam masalah solat, anak berusia tujuh tahun telah diperintahkan untuk senantiasa menunaikannya. Jika sehari lima kali diingatkan untuk menunaikan solat, berapa ribu kali anak diingatkan selama tiga tahun? Iaitu, diingatkan dan diperintah untuk solat hingga usianya mencapai 10 tahun. Ribuan kali perintah terus berulang pada diri anak, tentu sebuah bentuk penanaman kebiasaan baik yang sangat intensif. Tahap ketiga, tahap hukuman. Tahap anak mendapat hukuman akibat lalai daripada menunaikan kewajipan. Tahap hukuman adalah sebuah tahap yang diwajarkan setelah dilakukannya proses, bimbingan, arahan, dan perintah. Sebuah proses yang dilakukan dalam waktu yang bertahap-tahap. Ketika menjatuhkan hukuman tetap harus berada dalam kerangka hikmah (bijak) dan adil. Tujuan menghukum adalah agar anak jera, iaitu agar anak tak lagi melakukan perbuatan yang dilarang. Bukan sebagai bentuk melepaskan geram, marah apalagi untuk membalas dendam. Pemberian hukuman pada anak jangan sampai menjadikan ia membenci kebaikan dan menghindar daripada orang-orang yang berbuat kebajikan. Memberi hukuman dalam bentuk memukul, tentu ada batasan-batasannya. Seperti, dilarang memukul wajah, bahagian tubuh yang penting, dilarang memukul yang mengakibatkan kecederaan fizikal mahupun emosi, dan sebagainya. sumber... http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/19977-tiga-tahap-mendidik-anak-solat

Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Oleh Jahabar Sadiq Pengarang KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. sumber.. http://my.news.yahoo.com/ku-li-sasarkan-jawatan-pm-bertemu-lebih-ramai-024114944.html

09 Jun 2013

penyelamat malang

malang tk sapa mnduga, atas jlnraya semua sama... situasi.. sabtu 8/6/2013 tiga orang termasuk seorang pesakit jantung cedera apabila ambulans Putra Specialist Hospital BP yang mereka naiki itu terbabit dalam kemalangan di jalan pintas berdekatan persimpangan empat Jalan Bakri di sini, semalam. Di kabarkan kenderaan di langgar sebuah kereta jenis toyota camry.

06 Mei 2013

berjumpa 5 tahun lagi...

penamat sudah pru13, keputusan dah di perolehi, semua keputusan perlu di terima, ini kehendak kita sebagai pengundi tanpa mengira calon pilihan kita tewas @ menang, BERSATU HATI MEMBINA NEGARA... keputusan: Parlimen: PRU12 BN140, PR82 PRU13 BN133 (-7), PR89 (+7) total 222 kerusi DUN: PRU12 BN344, PR161 PRU13 BN275 (-71), PR230 (+71) total 505 kerusi undi keseluruhan (popular votes) PRU12 BN4.0juta, PR3.7juta (BN lebih popular) PRU13 BN5.2juta, PR5.5juta (PR lebih popular) peratus keluar mengundi PRU12 8.0juta (76%) PRU13 10.4juta (80%)

31 Mac 2013

Penganalisis: Tindakan Pakatan menolak waktu siaran RTM tidak jejas sokongan pengundi luar bandar

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Jangkauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengecut berbanding Internet mungkin tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata penganalisis, mengulas tindakan pembangkang persekutuan itu menolak tawaran 10 minit Putrajaya bagi semua parti politik untuk membentangkan manifesto pilihan raya mereka di televisyen nasional. Penonton luar bandar — dilihat membentuk blok sokongan tradisional Barisan Nasional (BN) — kini tidak hanya terhad kepada radio atau program televisyen di stesen penyiaran nasional kerana penggunaan internet telah meluas ke seluruh negara menyebabkan capaian terhadap media baru dan media sosial melebar. Prof Madya Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak bersetuju dengan pandangan konvensional parti PR telah melepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak undi melalui masa penyiaran RTM. “Bagi saya, ianya masih rendah berbanding Internet, SMS, Facebook, Twitter,” katanya dan menambah media sosial yang beliau nyatakan mencapai 91 peratus penggunaan. Rakyat Malaysia yang bergantung kepada televisyen dan radio sebagai sumber maklumat politik masing-masing hanya 24 peratus dan 53 peratus, kata timbalan dekan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni kepada The Malaysian Insider, memetik kajian nasional dilakukan oleh universitinya tahun lepas. Menurut maklumat dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia adalah di antara negara tertinggi menggunakan Internet dan telefon bimbit di Asia. Kadar penembusan jalur lebar negara dicatatkan pada 66 peratus daripada kira-kira 6.74 juta isi rumah atau 21 peratus daripada 29 juta orang penduduk pada suku keempat tahun 2012, berdasarkan angka daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) manakala pemilikan telefon pintar berdiri pada 27 peratus tahun lepas, menurut pasaran penyelidik AC Nielsen.Sebagai perbandingan, penyiar kebangsaan RTM dengan dua saluran televisyen mempunyai 21 peratus penonton, manakala stesen televisyen swasta mengawal lebih daripada 70 peratus pasaran, lapor harian Bahasa Inggeris New Straits Times pada April lepas. Laporan Bernama pada Januari 2008 meletakkan dua saluran RTM menggabungkan bahagian pasaran pada 26 peratus. Shaharudin mencadangkan, PR boleh meneruskan menyampaikan mesej di bawah melalui muka ke muka, menyatakan kajian sama 2012 telah meletakkan kepentingan menyebarkan risalah, lawatan pintu ke pintu dan mengadakan ceramah masing-masing pada 80 peratus, 75 peratus dan 70 peratus. Ahli akademik itu juga berkata, masa 10 minit untuk setiap parti politik menjelaskan manifesto mereka adalah terlalu pendek. Walaupun beliau meragui lanjutan masa siaran akan memberi apa-apa perbezaan kepada PR atau membantu pakatan pembangkang memenangi lebih banyak sokongan daripada pengundi luar bandar, Shaharuddin berkata ia akan menunjukkan kepada pengundi “keterbukaan” BN. Penganalisis komunikasi politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Badaruddin Othman bersetuju penolakkan PR terhadap tawaran kerajaan menyebabkan kehilangan peluang untuk sampai kepada pengundi atas pagar dan luar bandar. Akan tetapi beliau mengatakan ianya bukan kehilangan besar, menegaskan pembangkang telah menggunakan kaedah lain dalam pilihan raya lalu. “Walau bagaimanapun, penarikkan diri PR dalam program 10 minit itu bukanlah satu kehilngan besar kerana PR tidak pernah diberikan peluang dan ruang dalam media arus perdana sebelum ini. “PR masih lagi yakin dengan kaedah menyebarkan maklumat politik dan manifesto melalui kaedah sedia ada,” kata Mohd Badarudin. Seorang lagi penganalisis Prof Dr Jayum A Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengatakan PR juga tidak akan kalah kepada BN seperti beberapa dekad yang lalu, walaupun mereka tidak mengambil tawaran masa siaran RTM. Beliau menegaskan komunikasi bukan lagi “monopoli” kerajaan BN. “Saya tidak fikir ini menyebabkan kekurangan kepada mereka,” katanya dan menambah, “Mereka akan mempunyai cara lain untuk mencapai pengundi luar bandar.” Jayum berkata kerajaan tidak perlu bimbang pemimpin akan membuat kenyataan berapi-api atau membuat tuduhan yang tidak adil apabila bercakap secara langsung, kerana terdapat undang-undang untuk berurusan dengan situasi sedemikian. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah memberi amaran terhadap membuat kenyataan memfitnah, kenyataan menyentuh keselamatan negara atau isu-isu sensitif, memperkecilkan hak asasi manusia atau menghina Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mengumumkan tawaran 10 minit di televisyen kepada parti politik untuk membentangkan manifesto Pilihan Raya 2013 mereka. “Tawaran adalah baik tetapi saya rasa tawaran tersebut tidak perlu bersyarat. Kita mesti matang, kita mesti benarkan pemimpin parti untuk menjelaskan kepada rakyat tanpa apa-apa sekatan,” kata Jayum dan membangkitkan tentang ketakutan PR terhadap video rakaman awal akan diedit. “Isu sebenarnya adalah rakyat berhak untuk mendengar mesej dari semua parti politik yang bertanding,” katanya. Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak juga mengatakan waktu siaran yang diberikan kepada PR untuk membuat pembentangan adalah terlalu pendek, menyatakan kebimbangan pembangkang adalah masa siaran dan kemungkinan video rakaman akan diedit. “Saya fikir ianya adalah lawak sinikal bagi pihak kerajaan untuk menyatakan itu, untuk menawarkan hanya 10 minit. “Bagaimana sesiapapun mahu menyampaikan mesej dalam 10 minit?” soal beliau. Aeria berkata beliau menyokong untuk reformasi total industri media dan menggesa Putrajaya untuk menghapuskan lesen penerbitan tahunan yang dikehendaki oleh undang-undang, serta menghalang parti politik daripada mengawal kepentingan dalam syarikat-syarikat media seperti yang dilihat pada masa ini. “Mereka perlu berhenti mengawal media,” katanya, merujuk kepada kerajaan BN. Minggu lepas, beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider media sosial dan Internet mempunyai kesan terhad sebagai alat kempen politik, walaupun mempunyai jangkauan luas. Statistik terbaru SKMM menunjukkan orang-orang di kawasan bandar menguasai pengguna internet di negara ini, menjadikan sehingga 89.7 peratus berbanding penduduk luar bandar pada kadar 10 peratus pada tahun 2009. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengakui bahawa sesetengah pengundi luar bandar kekurangan akses internet, tetapi berkata parti itu berharap bahawa akan ada menjadi “kesan riak” dari bandar ke kawasan luar bandar, berikutan pelancaran Ubah.TV stesen televisyen internet semalam. Pengundi di kawasan bandar cenderung untuk condong ke arah pembangkang, manakala kerusi luar bandar kebiasaannya merupakan kubu kuat BN boleh memainkan peranan yang besar dalam menentukan siapa yang menang Pilihan Raya 2013. Pemimpin pembangkang seringkali merungut tentang kurangnya laporan adil dan peruntukkan masa siaran dalam medium tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio – sumber arus perdana yang dikawal oleh gabungan pemerintah BN yang bergantung kepada pengundi luar bandar. sumber... http://my.news.yahoo.com/penganalisis-tindakan-pakatan-menolak-waktu-siaran-rtm-tidak-233900574.html

Penganalisis: Tempoh sah berkempen baik untuk sentuhan akhir dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tempoh kempen sebenar akan memberi laluan kepada pengundi kali pertama mengenalpasti calon mereka dan mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar dalam pertarungan sengit ke Putrajaya, kata penganalisis walaupun kedua-dua kem politik telah berkempen secara tidak langsung selama bertahun-tahun. Pengarah Penyelidik bebas Merdeka Centre for Opinion Research Ibrahim Suffian berkata kurang 10 peratus daripada 13.3 juta pengundi masih belum membuat keputusan, menekankan kelompok atas pagar mahu melihat senarai calon Pilihan Raya 2013 terlebih dahulu dan memerhati bagaimana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertindak balas antara satu sama lain keatas manifesto mereka. “Setengah individu mungkin mempunyai personaliti memujuk yang boleh mempengaruhi pengundi,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dikala negara sudah hilang sabar menunggu parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lepas, BN mempunyai masa sehingga 30 April untuk membubarkan parlimen, sebelum ianya terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan 60 hari selepas itu. “Lebih 90 peratus sudah membuat keputusan mereka. Tapi dalam pilihan raya, ia masih lebih baik buat atau pecah,” tambah beliau yang merujuk kepada tempoh kempen sebenar Pilihan Raya 2013 yang telah dijadualkan sekurang-kurangnya 10 hari. Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada kesemua jumlah pengundi dilihat sebagai penentu Pilihan Raya 2013 kali ini dengan separuh daripada mereka terdiri daripada golongan atas pagar, menurut laporan kaji selidik Merdeka Center yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini. Ibrahim berkata bahawa kempen sengit telah bermula sejak tahun lepas dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan “Janji Ditepati” manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kempen “Jelajah Merdeka Rakyat” ke seluruh negara. “Janji Ditepati” telah digunakan sebagai tema Hari Kemerdekaan pada tahun lepas, dengan Najib berkata janji-janji yang BN telah laksanakan. Bendera BN, serta mereka dalam gabungan PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP boleh dilihat sudah dipasang diseluruh negara ketika ini walaupun sebelum tempoh kempen rasmi belum diumumkan. Papan iklan yang menunjukkan imej Najib dan mesej keamanan dan keharmonian juga telah diletakkan disetiap sudut bahagian bandar. Walaubagaimanapun, PR telah bergerak dengan lebih agresif dalam talian bagi melawan monopoli BN dalam media arus perdana, malahan DAP telah pun melancarkan saluran televisyen sendiri iaitu Ubah TV. PKR juga berkata akan melancarkan lebih banyak video di Facebook untuk menjelaskan kepada pengundi dasar pembaharuan yang dicadangkan dan program ekonomi, berikutan kejayaan video janji mereka tentang kereta murah yang mencecah lebih 1 juta pengguna Facebook dalam hanya tempoh tiga hari. Malaysia mempunyai lebih daripada 13 juta pengguna Facebook, menunjukkan penembusan 46.28 peratus daripada jumlah keseluruhan 29 juta penduduk, menurut laporan oleh pemantau media sosial laman web Socialbakers. Sejumlah 64 peratus pengguna Facebook di negara ini berusia antara 18 ke 34 tahun. Spekulasi pilihan raya umum ke 13 bermula sejak awal tahun 2010 selepas Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada 3 April, 2009. Anwar pula berhadapan dengan pelbagai tuduhan seks sejak bertahun-tahun, manakala PR membidas balik BN dengan pelbagai tuduhan rasuah, terutamanya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) melibatkan keluarga bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata calon pilihan raya bagi terutamanya bagi kerusi parlimen adalah amat penting. “Rakyat ambil berat tentang persekutuan, jadi mereka lebih mementingkan tentang siapa yang akan mereka hantar ke persekutuan,” kata Wong kepada The Malaysian Insider. Tidak seperti Ibrahim, Wong walau bagaimanapun menganggarkan peratusan yang lebih tinggi pengundi atas pagar antara 30 dan 40 peratus, yang menurutnya dibahagikan kepada tiga kumpulan - mereka yang mahu mengundi tetapi belum memutuskan siapa untuk mengundi, mereka yang menyokong parti tertentu tetapi tidak pasti untuk keluar dan orang-orang yang tidak memihak serta tidak pasti jika sama ada mereka akan membuang undi pada hari pengundiaan. “Tempoh kempen akan berguna untuk orang-orang ini keluar mengundi,” katanya. Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian juga menyatakan pendapat sama dengan menyifatkan golongan atas pagar, yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada pengundi akan menunggu sehingga tempoh kempen sebenar untuk membuat keputusan. “Golongan atas pagar biasanya akan menunggu sehingga jam 11 sebelum memutuskan siapa yang akan mereka undi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. “Tempoh berkempen adalah juga penting supaya penyokong tidak membuang undi protes,” tambah profesor Universiti Sains Malaysia (USM) itu. sumber.. http://my.news.yahoo.com/penganalisis-tempoh-sah-berkempen-baik-untuk-sentuhan-akhir-224856082.html

Lebih 4,000 rakyat Filipina tinggalkan Sabah semenjak tindakan terhadap militan Sulu, kata Manila

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Sejumlah 4,771 rakyat Filipina telah meninggalkan Sabah semenjak pihak berkuasa Malaysia mula mengambil tindakan tegas terhadap puak militan Sulu dan simpatisan mereka awal bulan ini, kata majlis risiko bencana Filipina hari ini. Majlis Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan dan Pengurusan Filipina (NDRRMC) dipetik berkata oleh portal berita Filipina InterAksyon hari ini sebagai berkata 944 keluarga meninggalkan Sabah untuk ke wilayah Basulta (Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi) di selatan Filipina sehingga semalam termasuk 2,861 orang dewasa dan 1,860 kanak-kanak. “Angka rakyat Filipina meninggalkan Sabah dijangka akan terus bertambah kerana krisis kekal belum selesai dan di tengah-tengah tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap kedua-dua pendatang asing tanpa izin dan mereka yang disyaki menyokong kesultanan,” lapor InterAksyon hari ini. Media Filipina telah melaporkan dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Filipina di Sabah, termasuk pembunuhan oleh pasukan keselamatan Malaysia dikala mereka terus memburu saki-baki pengikut bersenjata “putera mahkota” Sulu Agbimuddin Kiram. Akan tetapi masih belum ada bukti pencabulan dikeluarkan dan Putrajaya telah mengatakan dakwaan tersebut sebagai satu “penipuan”. InterAksyon melaporkan hari ini sejumlah P10.39 juta (RM787,205) barangan makanan dan bukan makanan telah disediakan untuk rakyat Filipina yang dipindahkan, serta peruntukan P13.403 juta (RM1,015,676) untuk operasi kemanusiaan lain. Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina juga dilaporkan merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pemprosesan 24/7 di Tawi-Tawi untuk menyediakan rakyat Filipina yang dipindahkan dengan campur tangan psikososial, dokumen undang-undang, latihan kemahiran dan bantuan kehidupan. Senat Filipina telah menuntut pemerintah mereka meminta Malaysia bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia yang mungkin berlaku terhadap 800,000 masyarakat pendatang di Sabah, di tangan pihak berkuasa tempatan dalam pencarian terhadap kumpulan militan Sulu yang menuntut pemilikan terhadap negeri Borneo utara itu. Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin (gambar) mengatakan pada Selasa lalu tindakan keras terhadap militan Sulu di Sabah telah berlarutan menjadi konflik berintensiti rendah atau low intensity conflict ibarat memburu ikan di dalam air. Laman sesawang akhbar Filipina Manila Standard Today (MST) memetik Gazmin sebagai berkata 12 batalion tentera dan polis, atau lebih 7,000 orang sedang mencari “pewaris” Sulu Agbimuddin Kiram dan saki-baki kumpulan bersenjatanya. Pihak berkuasa Malaysia mengatakan Agbimuddin telah meninggalkan Sabah akan tetapi rakan mereka di Filipina mengatakan mereka masih belum dapat menemuinya di republik itu. Agbimuddin mengetuai 235 militan bersenjata ke Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari untuk mengemukakan tuntutan terhadap negeri utara Borneo itu. Sehingga Jumaat lalu, pencerobohan telah menyebabkan kematian 63 orang militan bersenjata Sulu, menurut angka daripada pasukan keselamatan Malaysia, ia juga menyebabkan kematian lapan orang anggota polis dan dua orang tentera. Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac untuk menghapuskan pemberontak bersenjata Filipina selepas rundingan gagal membuahkan hasil. Manila telah berkata mereka tidak akan menggugurkan tuntutan kesultanan tersebut terhadap Sabah, walaupun pihak berkuasa Malaysia menegaskan tuntutan itu tidak lagi sah kerana negeri tersebut telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963. sumber... http://my.news.yahoo.com/lebih-4-000-rakyat-filipina-tinggalkan-sabah-semenjak-032027639.html

Shahrizat sah tidak bertanding, ulangi sokongan kepada Raja Nong Chik

SUNGAI BESI, 30 Mac — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan dirinya tidak bertanding pada Pilihan Raya 2013, tetapi mengulangi pendirian menyokong Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Shahrizat yang ditemui wartawan juga mengkritik MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut dan banyak janji semasa mereka berkempen yang tidak ditepati. "Tidak, tidak saya tidak bertanding," apabila ditanya wartawan sama ada beliau akan bertanding atau tidak semasa ditemui dalam majlis bersama warga perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Besi disini hari ini. "Macam di Lembah Pantai, tanyalah kepada pengundi-pengundi prestasi ahli parlimen yang ada pada hari ini. Hanya gah sahaja pada masa berkempen... tapi lepas tu habis," kata Shahrizat. Bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat juga berkata Barisan Nasional berpeluang cerah untuk menang di Lembah Pantai cerah dengan komitmen dan kerajinan Nong Chik yang sering turun padang bertemu rakyat. Beliau juga mengulangi pendirian menyokong penuh kepada menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar sebagai calon bertanding dikawasan Lembah Pantai. "Saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik selaku calon dan kita akan go all out. "Saya sendiri juga akan turun ke Lembah Pantai untuk membantu beliau pada masa berkempen nanti," ujar beliau lagi. Terlebih dahulu dalam majlis sama, Shahrizat mengumumkan menubuhkan satu "task force" bagi berhadapan dengan cubaan pembangkang untuk mencetuskan kekecohan semasa hari pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi. Menurut beliau, penubuhan "task force" bertujuan untuk menjamin keselamatan pengundi terutamanya penyokong BN supaya keluar mengundi dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingin yang mungkin dicetus pembangkang. Shahrizat pada April tahun lepas telah melepaskan jawatannya sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator. Namun begitu, Shahrizat menafikan perletakan jawatan beliau disebabkan oleh skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), sebaliknya menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Salleh Mohamad. Shahrizat telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama. Mohamad Salleh telah didakwa atas jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana pesekutuan yang diberi kepada NFCorp pada 12 Mac. Mohamad Salleh didakwa atas kanun keseksaan kerana menyalahgunakan RM9,758,140 dari wang NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009. Beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta wang NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei hingga 16 November 2009. Beliau didakwa dalam dua kes tersebut kerana menggunakan dana tanpa mesyuarat tahunan syarikat, satu kesalahan dalam Akta Syarikat. Jika didapati bersalah beliau akan menghadapi penjara diantara dua hingga 20 tahun penjara, sebatan dan denda kerana kesalahan di bawah kanun keseksaan. Mohamad Salleh juga boleh dipenjara lima tahun atau denda RM30,000 jika didapati bersalah dalam Akta Syarikat. sumber... http://my.news.yahoo.com/shahrizat-sah-tidak-bertanding-ulangi-sokongan-kepada-raja-091805518.html

26 Mac 2013

Dun bubar: Speaker Dun Negeri Sembilan maklum SPR esok

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri Dun negeri ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), esok. Beliau berkata pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepasDun terbubar secara sendiri pada Khamis. "Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan Dun esok di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. "Tapi jika tidak ada pembubaran esok, mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya Dun sudah terbubar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya mempunyai tempoh selama 60 hari selepas Khamis ini untuk menentukan tarikh bagi penamaan calon dan pilihan raya bagi negeri ini. Bagaimanapun katanya, SPR mempunyai masa yang cukup untuk menunggu sehingga semua Dun di negeri lain dan Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya. "SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara ini pada masa yang sesuai yang akan ditentukan kelak," katanya. Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi Dun adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada Khamis ini selepas cukup tempoh lima tahun. Tempoh lima tahun Dewan Rakyat pula berakhir 28 April depan. Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi 21 kerusi sementara selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (4) dan Pas satu kerusi. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pimpinan parti-parti pakatan pembangkang membincangkan pada mesyuarat hari ini mengenai tarikh pembubaran dewan undangan negeri yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan dewan undangan di empat negeri itu dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab. - Bernama sumber.. http://www.sinarharian.com.my/politik/dun-bubar-speaker-dun-negeri-sembilan-maklum-spr-esok-1.143251

22 Mac 2013

TV meletup, remaja OKU nyaris maut

KOTA TINGGI - Seorang remaja golongan orang kurang upaya (OKU) di Kampung Batu Ampat di sini nyaris maut apabila televisyen yang sedang ditontonnya tiba-tiba meletup. Remaja tersebut, Faqrul Huzaine Mazali, 19, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang kelmarin. Menurut ibu mangsa, Sabariah Abdullah, 43, ketika kejadian dia dan suaminya, Mazali A Rahman, 49, tiada di rumah kerana bekerja dan terus bergegas pulang selepas diberitahu. “Kami hanya tahu tentang kebakaran itu setelah dihubungi oleh ibu (Sapiah Zainal, 75). “Waktu itu, saya hanya berfikir tentang keselamatan dua anak, Faqrul Huzaine dan Fara Najiha, 10, tetapi mujurlah anak kami selamat,” katanya. Menurutnya Sabariah, anak bongsunya Fara Najiha yang baru pulang dari sekolah menaiki van terus berlari ke rumah neneknya yang tidak jauh dari situ untuk meminta pertolongan sebaik terlihat asap tebal dari rumah. “Pemandu van sekolah bersama jiran lain cuba membantu memadamkan api selain memastikan Faqrul selamat. “Syukur Alhamdulillah, walaupun banyak barang yang rosak akibat kebakaran itu namun anak saya selamat. Terima kasih kepada jiran dan orang ramai yang membantu padamkan api,” katanya. Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian operasi menyelamat. Bagaimanapun katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih menjalankan siasatan. Tanda prihatin, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyumbangkan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada keluarga tersebut. Halimah melihat kawasan punca kebakaran yang ditunjukkan Mazali di rumahnya di Kampung Batu Ampat. sumber.... http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tv-meletup-remaja-oku-nyaris-maut-1.141875

SPR jamin undi rahsia '100 peratus'

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin. "Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya, ketua penguatkuasa SPR dan ketua polis daerah di Perak, di sini semalam. Beliau menjelaskan, apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi. "Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan. "Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja," katanya. Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain. "Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain," katanya. Oleh itu, katanya tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi. "Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang. Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh 'match' (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi)," katanya. Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar 'ajaran sesat' kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan. - Bernama 22 Mac 2013 sumber... http://www.sinarharian.com.my/politik/spr-jamin-undi-rahsia-100-peratus-1.141780 Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar

21 Mac 2013

Kanak-kanak perempuan maut terkena kipas helikopter kawalan jauh

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas helikopter kawalan jauh ketika menyaksikan majlis perasmian padang bola sepak sintetik di Kompleks Belia dan Paroi di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi. Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu. Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama. Seorang saksi, Abdul Latif Salim dipetik Bernama berkata, helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai. Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya. "Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital," katanya. Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka. Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan. Beliau berkata, kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut. Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan. sumber.. http://www.sinarharian.com.my/semasa/kanak-kanak-perempuan-maut-terkena-kipas-helikopter-kawalan-jauh-1.141451 Mohamad Hasan (kiri) memerhatikan ahli keluarga mengangkat jenazah Nurdamia Husnina Banee Yamin di Taman Bakawali, Seremban hari ini - Foto Bernama Banee Yamin menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, semalam. Nurdamia (gambar kecil) maut terkena bilah helikopter kawalan jauh.

16 Mac 2013

Sindrom Down Bukannya Satu Penyakit

KUALA LUMPUR: "Saya ada anak Sindrom Down," kata penulis kepada kaunselor kanak-kanak yang mahu dikenali sebagai Dr Suraiya pada satu majlis sosial di sini baru-baru ini. "Jangan kata begitu. Hanya kata anak yang mengalami Sindrom Down kerana kita utamakan 'orang' terlebih dahulu. "Kita harus kata 'anak yang mengalami Sindrom Down' dan bukannya anak Sindrom Down". "Juga elak daripada berkata 'dia ada Down' kerana Sindrom Down adalah satu situasi atau masalah genetik dan bukannya satu penyakit," jelas Dr Suraiya lagi. Menurut beliau, mereka yang mempunyai sindrom berkenaan tidak merana daripada keadaan itu serta tidak dijangkiti masalah itu. MENGENAI SINDROM DOWN Apa itu Sindrom Down? Menurut Dr Suraiya, Sindrom Down adalah satu keadaan kromosom yang sering berlaku. "Terdapat satu bayi dengan Sindrom Down daripada 700 kelahiran di Amerika Syarikat. "Bayi menerima 23 kromosom daripada ibu dan 23 kromosom daripada bapa. Sindrom Down berlaku bila bayi yang dilahirkan mempunyai tiga 'salinan' (sepatutnya hanya sepasang atau dua) kromosom ke-21). "Sebab itu Sindrom Down juga dikenali sebagai Trisomi 21. Kromosom yang terlebih satu menyebabkan berlaku gangguan kepada tumbesaran dan perkembangan fizikal badan," jelas Dr Suraiya. PANDANGAN Pandangan Dr Suraiya turut dipersetujui oleh Persatuan Sindrom Down Kebangsaan Amerika Syarikat (NDSS) yang berpusat di New York. Menurut NDSS, penggunaan rasmi di Amerika Syarikat dan banyak negara lain adalah Sindrom Down dan bukannya Sindrom Down's kerana penggunaan afostrofi 's' menunjukkan kepunyaan. Menurut NDSS, Sindrom Down ditemui oleh doktor berbangsa Inggeris John Langdon Down tetapi sindrom itu tidak dialaminya, lantaran penggunaan Sindrom Down dan bukannya Sindrom Down's. Menurut NDSS juga, terma yang sepatutnya diguna kepada mereka yang mengalami sindrom ini adalah 'ketidakupayaan (kelemahan) intelek' atau 'ketidakupayaan (kelemahan) kognitif'. INSIDEN SINDROM DOWN Menurut laman web 'Right Diagnosis', insiden Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam 800 atau 0.12 peratus (340,000 orang) di Amerika Syarikat. Di Asia Tenggara, anggarannya adalah Timor Leste mempunyai 1,274 kes (dari 1,019,252 penduduk), Indonesia - 298,066 (jumlah pendudk 238,452,952), Laos - 7,585 (6,068,117), Malaysia - 29,403 (23,522,482), Filipina - 107,802 (86,241,697) Singapura - 5,442 (4,353,893), Thailand - 81,081 (64,865,523) dan Vietnam -103,328 (82,662,800). Tiada statitik bagi Myanmar dan Kemboja. Bagaimanapun lama web itu menjelaskan extrapolasi bagi insiden Sindrom Down ini hanyalah 'anggaran' dan mempunyai kadar relevan yang agak terhad bagi sesuatu kawasan. PERSEPSI Menurut NDSS, terdapat beberapa persepsi tidak betul mengenai Sindrom Down.Sindrom Down adalah keadaan genetik yang sering berlaku. Satu dalam setiap 691 bayi di Amerika Syarikat mengalami Sindrom Down atau kira-kira 6,000 kelahiran setahun. Hari ini, terdapat 400,000 orang mengalami Sindrom Down di Amerika Syarikat. Tiada sebab yang diketahui kenapa bayi dilahirkan dengan Sindrom Down. Ia terjadi tanpa mengira kaum atau lapisan ekonomi. Bagaimanapun insiden sindrom ini meningkat dengan peningkatan usia ibu semasa melahirkan bayi. Tetapi peningkatan kadar kesuburan bagi wanita berusia muda, 80 peratus daripada anak Sindrom Down kini dilahirkan wanita berumur bawah 35 tahun. KELEWATAN KOGNITIF Mereka yang mengalami Sindrom Down juga mengalami kelewatan kognitif yang sedikit hingga sederhana. Terdapat tiga jenis Sindrom Down - Trisomi 21 (95 peratus kes), translokasi (empat peratus) dan 'mosaicism' (satu peratus). Mereka yang mengalami Sindrom Down mempunyai risiko agak tinggi terhadap beberapa masalah perubatan seperti masalah jantung kongenital, masalah pernafasan dan pendengaran, leukemia dan masalah kelenjar tiroid. Ciri-ciri fizikal anak Sindrom Down adalah lemah tonus otot (otot lembik dan tidak kuat), keadaan fizikal tubuh yang kecil, mata yang sepet serta satu jalur silang di tapak tangan. SINDROM DOWN DI MALAYSIA Menurut satu kajian oleh Pusat Genom Manusia dan Klinik Genetik Universiti Sains Malaysia's (USM) yang disiarkan Jurnal Perubatan Singapura pada Jun 2007, kejadian Sindrom Down (sehingga 1989) di Malaysia adalah satu bagi setiap 950 kelahiran. Bagi komuniti Melayu, terdapat satu kes dalam 981 kelahiran, satu dalam 940 kelahiran bagi masyarakat Cina dan satu dalam 860 kelahiran bagi kaum India. Di Malaysia, Persatuan Down Sindrom Malaysia (DSM) dan Yayasan Sindrom Down Kiwanis adalah dua institusi yang memberi bantuan serta kemudahan terhadap anak yang mengalami Sindrom Down. Kedua-duanya mempunyai komitmen terhadap kebajikan anak Sindrom Down dan fokus utama adalah pembelajaran anak ini yang berumur bawah enam tahun. Institusi itu melatih guru Keperluan Khas Pelajaran serta memberi kaunseling kepada ibu bapa yang mempunyai anak Sindrom Down selain menyediakan pusat sumber mengenai maklumat tentang Sindrom Down. Institusi ini juga berusaha meningkatkan kesedaran umum terhadap Sindrom Down.-BERNAMA sumber : http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2013/3/13/mstar_rencana/20130313150903&sec=mstar_rencana

Tiga Pembantu Perubatan Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian Pesakit

PUTRAJAYA: Tiga pembantu perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, Kelantan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang pesakit jiwa, tujuh tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, ketika membenarkan rayuan itu berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya memerintahkan mereka membela diri. Dua hakim yang turut bersidang ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer. Mohd Nazri Che Hassan, 47, Mohd Azizi Che Abdullah, 43, dan Ahmad Sabri Muhammad Nawi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang mekanik Illias Othman, 41, di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mac 2006. Pada 2010, Mahkamah Sesyen Kota Baharu menjatuhi hukuman penjara lapan tahun ke atas mereka yang kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi yang mengurangkannya kepada tiga tahun. Dalam penghakimannya, Apandi berkata Mahkamah Sesyen gagal menggunakan ujian yang betul dalam memutuskan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie. "Mahkamah itu juga gagal mempertimbang percanggahan keterangan tiga saksi pendakwaan. Oleh itu, adalah tidak selamat untuk mensabitkan perayu," katanya ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Mangsa ditahan polis di sebuah masjid di Sering sebelum dibawa ke Balai Polis Binjai. Dia kemudian dibawa ke hospital itu sebelum dimasukkan ke wad psikiatri. Ketika ini, mangsa yang digari menjerit dan meronta-ronta. Ketiga-tiga perayu didakwa menendang dan memijaknya sehingga mati. Sementara itu, seorang buruh terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh rakannya pada 2005. Apandi berkata sabitan terhadap Rozmi Yusof bagi kesalahan membunuh Rodzi Mohamad di Kampung Banggol Kerian, Pasir Puteh, Kelantan adalah tidak selamat. Beliau berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak menimbang keterangan mempertahankan diri Rozmi. Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi juga gagal mempertimbang fakta bahawa mangsa membawa senjata ke lokasi kejadian dan Rozmi mengalami kecederaan. "Anda boleh pulang," kata Apandi kepada Rozmi yang kelihatan sebak sebelum mengucapkan terima kasih kepada panel hakim itu. Bagaimanapun, Apandi menasihati Rozmi agar tidal lagi terlibat dalam insiden serupa dan menjadikannya sebagai satu teladan. Pada 30 Sept 2010, Mahkamah Tinggi Kota Baharu memutuskan Rozmi, 37, bersalah membunuh Rodzi, 28, juga seorang buruh pada 9 malam 31 Ogos 2005. Fakta kes mendedahkan bahawa pada malam kejadian, satu pergelutan berlaku antara mereka dan mangsa menyerang Rozmi dengan 'kerambit'. -BERNAMA Jumaat Mac 15, 2013 / sumber : http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2013/3/15/mstar_mahkamah/20130315200745&sec=mstar_mahkamah

10 Mac 2013

Kenapa Sultan Sulu Menuntut Sabah & Sejarah Kesultanan Sulu

Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau ‘dayang’ di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin. Lebih kurang 100 tahun sebelum tu,ada seorang lelaki dari Minang,Sumatera namanya Raja Bagindo telah berdakwah kepada penduduk Sulu di mana sebelum tu ada tercatat nama Karim Al-Makdum,seorang pendakwah Arab datang membawa agama Islam kepada bekas wilayah emperium Srivijaya ini.Raja Bagindo menyambung usaha ulama Arab tu dan berjaya mengislamkan keseluruhan orang Tausug.Oleh sebab Minang dan Melayu ni adik beradik,maka ada satu pertalian misteri antara orang Tausug dan Melayu.Dari budaya dan bahasa dan macam-macam.Sebab tu bila Marcos latih anak Sulu supaya serang Malaysia,mereka tak mahu sebab sama agama dan serumpun. Masa ni Kesultanan Sulu berkuasa di Sulu sahaja.Di Borneo,Sultan Brunei berkuasa.Tapi Brunei ni menghadapi macam-macam masalah sebab Borneo ni luas sangat.Satu lagi mereka terpaksa menghadapi penentangan suku-suku tempatan macam Dayak,Iban dan sebagainya.Ada kawasan yang mereka berjaya tundukkan,ada kawasan yang kejap ok kejap memberontak.Macam tu la sejak beratus-ratus tahun sejak era raja-raja Boni sehingga era Kesultanan Brunei. Brunei dan Sulu ni pun ada pertalian misteri adik-beradik.Pangkal nama perempuan Brunei adalah ‘dayang’ dan ini juga dipakai di Sulu menunjukkan darjat tertentu.Padahal dalam kerajaan Melayu di semenanjung,dayang ni adalah pelayan wanita elit yang bertugas dalam istana raja.Ini menunjukkan ketika Emperium Srivijaya,ada satu ‘clan’ yang dilantik di kalangan orang-orang dari Borni dan Sulu atau sebelah kepulauan Filipina dengan gelaran2 tertentu.Contohnya ‘Datu’ dan ‘Paduka’ memang popular di Sulu dan Filipina. Juga gelaran Rajah dan Shariff.Shariff ini popular dalam masyarakat Islam. ‘Awang’ adalah pangkal nama lelaki di Brunei dan budaya ini anehnya ada di Kelantan.Raja-raja Melayu purba pernah berpusat di Kelantan,Kedah sehingga ke Segenting Kra.Pemerintahan Sri Dharmaraja sampai ke Pahang.Dalam petitih-petitih Siam era klasik ada mengatakan Siam itu sampai ke Pahang.Masa tu Siam ni tak identik dengan Ayutthaya tapi Sri Dharmaraja sebab ini kerajaan besar sebelum wujud Ayutthaya.Sultan Melaka pernah berperang dengan Maharaja Dewasura,ini pemerintah Pahang yang masih setia dengan Sri Dharmaraja.Maharaja Srivijaya mempunyai seorang anak nama Sanjaya dan dia inilah Aji Saka yang bawa kebudayaan Kelantan Kuno ke Jawa.Sebab itu ada wayang kulit dan kain batik kat Jawa.Dalam rekod Khmer,Sanjaya ialah Ajiraja. Berbalik kepada Kesultanan Sulu,ada satu ketika Sultan Brunei hadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya.Jadi Sultan Brunei minta saudaranya,Sultan Sulu bantu.Pemberontakan tahun 1703 tu berjaya diatasi.Sebagai hadiah,Sultan Brunei bagi timur Sabah pada Sultan Sulu.Inilah ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos nak tuntut Sabah dan sesetengah militan Sulu. Nak tahu pasal apa James Brooke jadi Rajah Putih?Sebab Sultan Brunei tak mampu hadapi pemberontakan dan kekacauan dalam wilayahnya.Nampak?Beres masalah,bagi tanah kat orang lain.Selesai masalah,bagi tanah kat orang lain.Sebab apa?Sebab raja-raja Melayu masa tu kaya dengan tanah.Tanah ni satu ‘matawang’ yang paling high demand macam Dinar Kuwait dan bersifat universal.Satu lagi orang putih memang nakkan tanah untuk buat port dan kawal perdagangan. Pada abad ke-19,Sepanyol mula serang Kesultanan Sulu.Akhirnya pada tahun 1851,Sulu dan Sepanyol buat penjanjian damai.Dalam perjanjian tu Sultan Sulu dipaksa mengakui kedaulatan Sepanyol atas Sulu. Lepas tu,macam wabak penyakit,Sultan-sultan Sulu galak lepaskan wilayah pada para penjajah yang cekik darah.Mula-mula pajak tanah pada ejen British,Dent dan Overback lepas tu pada tahun 1903,Sultan Jamalul Kiram bagi terus Kempeni Borneo Utara. Tapi yang paling menyusahkan ialah Sepanyol.Mereka tak henti2 kacau Sulu sampai ada satu perjanjian namanya Protokol Madrid yang ‘absolutely’ nak tuntut seluruh Kesultanan Sulu diberi pada conquistador ni. Lepas tu Amerika datang dan berperang pula dengan Sepanyol.Amerika ni baru nak naik ekor.Bayangan kuasa baru masa depan.Sedangkan British boleh kena halau masa Perang Kemerdekaan Amerika,apatah lagi Sepanyol si conquistador tua ni.Sepanyol kalah dan secara automatik seluruh Filipina dan Sulu bawah Uncle Sam. Masa nilah Kesultanan Sulu ni terus terhapus.Ingatkan Amerika ni ok lagi dari Sepanyol,rupa-rupanya lagi kejam dan agresif.Banyak pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh tentera Amerika.Masa ni kerabat sultan memang tak dengar berita dah.Sejarah sultan-sultan Sulu jadi ‘loophole’ masa penjajahan Amerika ni.Ini jadi ALASAN segala bagai manusia yang mengaku waris sah Sultan Sulu.Lebih dua puluh orang mengaku waris sah Sultan Sulu dari pelbagai keluarga kesultanan sehingga wakil kerabat Sultan Sulu pun nak tumpang sekaki mengaku sultan juga. Saya nak sentuh pasal kes tuntut tanah dengan alasan dahulu ia kepunyaan satu-satu pemerintahan.Dalam kes Filipina,dia tak boleh tuntut Sabah sebab dahulu tiada Filipina.Tanyala Kamaluddin,Alauddin atau Jamalul Kiram siapa Filipina?Filipina hanya wujud sejak 1898.Filipina menuntut Sabah melalui Kesultanan Sulu,padahal pernah ke Sultan Sulu duduk bawah Filipina?Tak pernah makhluk nama Filipina ni perintah Sultan Sulu sebab seluruh Kepuluan Filipina termasuk Sulu duduk bawah Sepanyol dan Amerika.Jadi Filipina dan Kesultanan Sulu=TIADA KAITAN. Ini beza dalam kes Pulau Pinang.Sultan Kedah berhak tuntut Pulau Pinang sebab Kesultanan Kedah telah wujud sejak 1136 Masehi!Perjanjian dengan Francis Light tu pun dengan Sultan Kedah,institusi yang sama.Apabila Malaysia merdeka dari British,maknanya automatik British serah balik seluruh haknya di sini pada Malaysia.Jadi segala perjanjian pelik raja-raja dulu terbatal.Dia reset balik.Ini beza dengan kes Filipina sebab yang sign penjanjian dengan Sepanyol atau Amerika bukan ‘Sultan Filipina’. Filipina ni macam tuntut tanah atas nama moyang orang lain.Sultan Kedah pula berhak tuntut tanah moyangnya dulu. Ok,katakan ada ‘Sultan Sulu’ pada zaman moden ni tetiba je tuntut Sabah.Apa macam? Tak boleh sebab Sabah dah diserah oleh Sultan Sulu pada penjajah lepas tu Sabah memilih merdeka bersama Malaysia. Kedah boleh tuntut Pulau Pinang sebab perjanjian dah reset sejak merdeka.Sultan Kedah hanya bincang dengan Pusat (Malaysia) sebab British serah Tanah Melayu pada Malaysia.Jangan takut pada Francis Light.Sekarang Francis Light ada urusan yang sangat berat di alam barzah. Dalam kes Sulu-Sabah,takde situasi ‘reset’ ni.Bila Sabah setuju merdeka dengan Malaysia,dia ada PERJANJIAN baru.Sultan Sulu kena defeat perjanjian ini malah perjanjian-perjanjian pelik yang lain,yang disetujui sendiri Sultan Sulu. Kena panggil balik Sepanyol dan Amerika.Mungkin Sultan Brunei sekali dok bincang.Silap haribulan,Sultan Brunei pula tuntut Sabah pula. Sebab itu saya merasa pelik dengan kes Batu Putih sebab sepatutnya Malaysia tuntut melalui Kesultanan Johor.Singapura nak tuntut melalui apa?Kerajaan Temasek?Sebab Singapura Moden tak pernah jajah Batu Putih sebab diri dia sendiri kena jajah dengan British.Pulau tu patut kena tanya British dia buat perjanjian dengan siapa (of course Sultan of Johor).Kalau saya deal dengan anda,kenapa orang lain boleh tuntut barang saya.Hanya saya dan anda sahaja berhak dirujuk atas barang tersebut. Sepak terajang sejarah ni…sekarang adalah trend untuk ambil tanah orang lain sesukahati.Sebab itu belajar sejarah tu penting supaya orang lain tak boleh tipu anda hidup-hidup ataupun setelah anda mati. Sumber: Aduka Panji Alam (Official) Fans Club sumber... http://www.2dayblogger.com/kenapa-sultan-sulu-menuntut-sabah/