31 Mac 2013

Penganalisis: Tempoh sah berkempen baik untuk sentuhan akhir dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tempoh kempen sebenar akan memberi laluan kepada pengundi kali pertama mengenalpasti calon mereka dan mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar dalam pertarungan sengit ke Putrajaya, kata penganalisis walaupun kedua-dua kem politik telah berkempen secara tidak langsung selama bertahun-tahun. Pengarah Penyelidik bebas Merdeka Centre for Opinion Research Ibrahim Suffian berkata kurang 10 peratus daripada 13.3 juta pengundi masih belum membuat keputusan, menekankan kelompok atas pagar mahu melihat senarai calon Pilihan Raya 2013 terlebih dahulu dan memerhati bagaimana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertindak balas antara satu sama lain keatas manifesto mereka. “Setengah individu mungkin mempunyai personaliti memujuk yang boleh mempengaruhi pengundi,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dikala negara sudah hilang sabar menunggu parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lepas, BN mempunyai masa sehingga 30 April untuk membubarkan parlimen, sebelum ianya terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan 60 hari selepas itu. “Lebih 90 peratus sudah membuat keputusan mereka. Tapi dalam pilihan raya, ia masih lebih baik buat atau pecah,” tambah beliau yang merujuk kepada tempoh kempen sebenar Pilihan Raya 2013 yang telah dijadualkan sekurang-kurangnya 10 hari. Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada kesemua jumlah pengundi dilihat sebagai penentu Pilihan Raya 2013 kali ini dengan separuh daripada mereka terdiri daripada golongan atas pagar, menurut laporan kaji selidik Merdeka Center yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini. Ibrahim berkata bahawa kempen sengit telah bermula sejak tahun lepas dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan “Janji Ditepati” manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kempen “Jelajah Merdeka Rakyat” ke seluruh negara. “Janji Ditepati” telah digunakan sebagai tema Hari Kemerdekaan pada tahun lepas, dengan Najib berkata janji-janji yang BN telah laksanakan. Bendera BN, serta mereka dalam gabungan PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP boleh dilihat sudah dipasang diseluruh negara ketika ini walaupun sebelum tempoh kempen rasmi belum diumumkan. Papan iklan yang menunjukkan imej Najib dan mesej keamanan dan keharmonian juga telah diletakkan disetiap sudut bahagian bandar. Walaubagaimanapun, PR telah bergerak dengan lebih agresif dalam talian bagi melawan monopoli BN dalam media arus perdana, malahan DAP telah pun melancarkan saluran televisyen sendiri iaitu Ubah TV. PKR juga berkata akan melancarkan lebih banyak video di Facebook untuk menjelaskan kepada pengundi dasar pembaharuan yang dicadangkan dan program ekonomi, berikutan kejayaan video janji mereka tentang kereta murah yang mencecah lebih 1 juta pengguna Facebook dalam hanya tempoh tiga hari. Malaysia mempunyai lebih daripada 13 juta pengguna Facebook, menunjukkan penembusan 46.28 peratus daripada jumlah keseluruhan 29 juta penduduk, menurut laporan oleh pemantau media sosial laman web Socialbakers. Sejumlah 64 peratus pengguna Facebook di negara ini berusia antara 18 ke 34 tahun. Spekulasi pilihan raya umum ke 13 bermula sejak awal tahun 2010 selepas Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada 3 April, 2009. Anwar pula berhadapan dengan pelbagai tuduhan seks sejak bertahun-tahun, manakala PR membidas balik BN dengan pelbagai tuduhan rasuah, terutamanya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) melibatkan keluarga bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata calon pilihan raya bagi terutamanya bagi kerusi parlimen adalah amat penting. “Rakyat ambil berat tentang persekutuan, jadi mereka lebih mementingkan tentang siapa yang akan mereka hantar ke persekutuan,” kata Wong kepada The Malaysian Insider. Tidak seperti Ibrahim, Wong walau bagaimanapun menganggarkan peratusan yang lebih tinggi pengundi atas pagar antara 30 dan 40 peratus, yang menurutnya dibahagikan kepada tiga kumpulan - mereka yang mahu mengundi tetapi belum memutuskan siapa untuk mengundi, mereka yang menyokong parti tertentu tetapi tidak pasti untuk keluar dan orang-orang yang tidak memihak serta tidak pasti jika sama ada mereka akan membuang undi pada hari pengundiaan. “Tempoh kempen akan berguna untuk orang-orang ini keluar mengundi,” katanya. Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian juga menyatakan pendapat sama dengan menyifatkan golongan atas pagar, yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada pengundi akan menunggu sehingga tempoh kempen sebenar untuk membuat keputusan. “Golongan atas pagar biasanya akan menunggu sehingga jam 11 sebelum memutuskan siapa yang akan mereka undi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. “Tempoh berkempen adalah juga penting supaya penyokong tidak membuang undi protes,” tambah profesor Universiti Sains Malaysia (USM) itu. sumber.. http://my.news.yahoo.com/penganalisis-tempoh-sah-berkempen-baik-untuk-sentuhan-akhir-224856082.html