06 Januari 2013

Rentung dalam kenderaan terbakar

KOTA TINGGI 5 Jan. - Seorang pekerja yang hendak memulakan kerja meracun berhampiran Lebuh Raya Pintas Jambatan Kedua di sini terkejut selepas menemukan mayat rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang hangus dipercayai dibakar dalam ladang kelapa sawit di kawasan itu. Norlee Hazalee, 34, berkata, sebaik memulakan kerja pada pukul 7.15 pagi, dia hairan apabila mendapati penghadang laluan masuk ke ladang milik Persatuan Nguangxi Johor di situ terbuka dan terdapat kesan rempuhan sebelum ternampak kenderaan jenis Toyota Fortuner tidak jauh dari situ. “ Saya juga melihat saki-baki asap dari kenderaan itu yang sudah terbakar. Namun apa yang lebih memeranjatkan apabila saya nampak mayat rentung di dalam kenderaan itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. sumber.. http://fariksalleh.blogspot.com/2013/01/rentung-dalam-kenderaan-terbakar.html
KEADAAN kenderaan terbakar di ladang sawit Persatuan Nguangxi Johor berhampiran lebuh raya pintas Kota Tinggi, Johor, semalam.