21 Disember 2012

kisah disebalik tragedi

TRAGEDI BOT KARAM :‘Makhluk halus ganggu operasi ` KOTA TINGGI: “Memang ada gangguan ketika polis menguruskan mayat mangsa lemas, namun kami berserah kepada Allah dan membacakan ayat al-Quran bagi agar urusan dipermudahkan,” kata Imam Masjid Bandar Penawar, Ahmad Songkrim di sini, semalam. Ahmad antara individu yang membacakan ayat al-Quran selepas operasi mengangkat mayat mangsa bot karam di Teluk C, Bandar Penawar malam kelmarin dikatakan diganggu makhluk halus. Beliau pergi ke kawasan penemuan mayat itu bersama seorang rakan dikenali sebagai Wak Kamisan untuk membantu selepas dihubungi polis. “Saya dihubungi polis memaklumkan kenderaan pacuan empat roda mereka tersekat di pantai selain mayat sukar diangkat kerana terlalu berat. “Saya dan Wak Kamisan pergi ke lokasi berhampiran pantai sebelum membacakan ayat al-Quran. Ketika itu, memang ada ‘benda itu’ dan kami tahu ada orang awam yang melihatnya,” katanya, semalam. Ahmad berkata, dia bersama Wak Kamisan berada di lokasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum beredar. “Kami setakat membantu dengan memohon pertolongan daripada Allah dan turut dilakukan orang lain sekitar kawasan berkenaan. “Dengan izin Allah, operasi akhirnya berjalan lancar dan semua mayat dapat diangkat semalam. Kenderaan pacuan empat roda polis itu juga berjaya dikeluarkan,” katanya.