27 Disember 2012

Mangsa Rogol Berkumpulan India Jalani Rawatan Di Singapura

SINGAPURA: Seorang gadis yang menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah bas yang bergerak di ibu negara India telah diterbangkan ke hospital Singapura pada Khamis untuk menjalani rawatan berikutan mengalami beberapa kecederaan dalaman yang teruk, yang boleh bertahan dalam beberapa minggu, kata pegawai. Pelajar yang berusia 23 tahun itu kini dalam keadaan kritikal, tiba di Singapura dan dibawa menggunakan ambulans serta dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, yang terkenal dengan kemudahan pemindahan pelbagai organ. Hospital itu dalam satu kenyataan berkata, gadis itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) “dalam keadaan yang sangat kritikal”. Ia berkata, “dia sedang diperiksa dan hospital sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi India (kedutaan).” Gadis itu dirogol pada 16 Disember lalu dan kekejaman itu mencetuskan bantahan secara meluas di New Delhi dan bahagian-bahagian lain di India yang mendesak supaya hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah rogol itu. Semua enam suspek dalam kes itu telah ditangkap. - AP Khamis Disember 27, 2012 / http://www.mstar.com.my/berita/luar_negara/cerita.asp?file=/2012/12/27/mstar_luar_negara/20121227122138&sec=mstar_luar_negara
Hospital Mount Elizabeth. Foto EPA
Beberapa anggota pasukan perubatan India meninggalkan Hospital Mount Elizabeth dengan menaiki sebuah van kedutaan (Suruhanjaya Tinggi India) di Singapura pada Khamis. Seorang pelajar perempuan warga India kini sedang bertarung nyawa selepas dirogol dengan kejam oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi, India. Mangsa rogol itu tiba di Singapura pada Khamis untuk menjalani rawatan berikut terdapat beberapa kecederaan dalaman yang teruk. Foto AFP