09 Disember 2012

Ketua Pengarah Kesihatan baru akan diumum

KOTA KINABALU — Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, Ketua Pengarah Kesihatan yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Ali berkata, prosedur calon pengganti seseorang ketua pengarah yang baru itu dibuat mengikut proses biasa dalam sektor perkhidmatan awam. "Kita tunggu sahajalah kerana ini adalah proses biasa dalam perkhidmatan awam termasuk pemilihan pengganti (ketua pengarah kesihatan). Kita akan umum apabila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK )di Kampung Lindung, Karambunai dekat sini, hari ini. — BERNAMA 09/12/2012 12:40pm Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2EXQ1MOqM Hakcipta terpelihara