23 November 2012

pengerang-diarah keluar-dari-kawasan-khas-parlimen

info dari: http://my.news.yahoo.com/warga-pengerang-dihalau-dari-kawasan-khas-parlimen-062058977.html Sekumpulan penduduk Pengerang, Johor dihalau keluar daripada kawasan yang dikhaskan untuk sidang media apabila mereka cuba bercakap kepada petugas media berhubung satu kempen untuk menghalang pemindahan kawasan perkuburan nenek moyang mereka. Pengawal Parlimen mengheret pemimpin NGO, Sim Seng San, yang enggan berganjak pada mulanya, dan juga seorang lagi aktivis Yap Lay Yen. Sambil menarik tangan Sim, pengawal itu memberitahu aktivis berkenaan bahawa kawasan itu dikhaskan untuk ahli parlimen. Tindakan pengawal itu bagaimanapun cuba dihalang MP Bakri Er Teck Hwa yang berkata pengawal tersebut tidak boleh memegang wanita berkenaan. Pengawal berkenaan cuba menguatkuasa peraturan baru oleh speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan individu selain ahli ahli Parlimen daripada mengadakan sidang media di kawasan tersebut. Sim dan Yap kemudiannya sekali lagi dihalang oleh pengawal apabila bercakap dengan pemberita di luar kawasan sidang media tersebut. Pengawal tersebut kemudiannya beredar apabila diberitahu bahawa peraturan itu hanya dikuatkuasakan untuk kawasan yang dikhaskan bagi sidang media. Aidila Razak 1:18PM Nov 21 2012 http://www.malaysiakini.com/news/214716