18 November 2012

Pencapaian IJN membanggakan

DR. MAHATHIR (tengah) diberi penerangan oleh Mohamed Ezani (kiri) mengenai alat pembedahan jantung sambil diperhatikan oleh Musa (kanan) di Kota Kinabalu semalam. -------------------------------------------------------------------------------- KOTA KINABALU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara bertuah kerana memiliki Institut Jantung Negara (IJN) yang berjaya menyumbang perkhidmatan kesihatan yang semakin diterima masyarakat luar sekali gus meningkat imej negara di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, IJN yang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan pada September lalu semakin relevan dalam bidang perubatan dan perawatan dengan dilengkapi pelbagai peralatan terkini setanding dengan di negara luar. "Pencapaian IJN boleh dibanggakan kerana kemudahannya yang setaraf negara luar dan kita harus berbangga dengan kebolehan yang kita ada dan alat yang digunakan sama seperti negara maju lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada kongres tahunan ke-22 Persatuan Pakar Bedah Torasik dan Kardiovaskular Asia (ATCSA) di sini semalam. akhbar kosmo 18/11/2012