19 November 2012

Arah tanggal seluar

LAPOR...Amir menunjukkan laporan polis yang dibuatnya JOHOR BAHRU: Hanya kerana memuat naik satu klip video hasil kreativiti mereka ke laman video Youtube, 17 pelajar sebuah sekolah berasrama di sini, mendakwa dipaksa menanggalkan seluar oleh guru hingga seorang daripada mereka berbogel kerana tidak memakai seluar dalam. Mereka turut mendakwa dipaksa melakukan tekan tubi 700 kali selain ditampar, diterajang dan ditumbuk di beberapa bahagian badan serta muka apabila gagal mematuhi arahan berkenaan. Kejadian itu berlaku Isnin lalu, kumpulan pelajar terbabit baru pulang ke asrama pada jam 5.30 petang selepas keluar ke pusat beli-belah berhampiran sebelum ditahan tiga guru. Kemarahan guru terbabit berpunca daripada tindakan kumpulan pelajar berkenaan memuat naik hasil kreativiti mereka selepas selesai menduduki kertas Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Video klip selama tiga minit dua saat yang dimuat naik dalam Youtube pada 5 November lalu itu memaparkan gelagat kumpulan pelajar terbabit melepaskan tekanan masing-masing selepas tamat mengambil kertas berkenaan dengan meniru sebahagian aksi lawak sebuah program realiti televisyen. akhbar harian metro Oleh Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my